Berbilang Kaum

Berbilang Kaum

Tuesday, April 13, 2010

Satu Malaysia

Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Bagi saya, pelbagai cara dapat dilakukan dalam menyebarkan semangat 1Malaysia ini. Contohnya pihak media massa menggunakan akhbar sebagai alat penyebaran tentang hal ini. Mereka dapat menggalakan masyarakat supaya menyambut seruan Perdana Menteri untuk menjadikan negara kita semakin kukuh dan maju di mata dunia. Tanpa disedari telah lama semangat 1Malaysia ini telah diperkenalkan atau diterapkan dalam pemikiran masyarakat dalam saluran media. Contoh yang terdekat, ialah sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. Dalam sitkom itu, kita dapat melihat bagaimana masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam satu bumbung. Mereka juga membantu antara satu sama lain. Dari sini, kita dapat melihat lahirnya semangat perpaduan antara mereka walaupun berlainan jenis warna kulit, pertuturan dan agama.

Demi meningkatkan semangat 1Malaysia, Perdana Menteri telah mengenalkan laman sesawang tentang 1Malaysia. Dalam laman sesawang ini, pelbagai perkara telah disebarkan dan mereka yang berada di luar negara juga dapat melihat semangat kita untuk bersatu. Sebagai seorang remaja, saya terikut untuk menyebarkan juga laungan Perdana Menteri melalui laman IT. Disebabkan itulah saya menggunakan blog untuk mengajak para remaja dan belia untuk bersama menyahut seruan 1Malaysia. Lagipun, hanya remaja yang memahami remaja:). Jadi dengan cara itu, dapat memudahkan penyebaran konsep 1Malaysia kepada remaja dan belia negara.


Sebelum saya menantikan keputusan SPM, saya telah bekerja disebuah koperasi sekolah rendah berhampiran rumah. Melalui pengamatan saya ketika bekerja disitu, kanak - kanak yang berumur 7 tahun dan berbeza agama, kaum dan dari segi percakapan, mereka bermain bersama ketika waktu rehat. Malah ada yang membawa bekal setiap seorang untuk dikongsi bersama - sama rakan yang lain. Setiap dari mereka juga tidak pernah mengejek atau memalukan rakan - rakan yang lain. Mereka hormat antara satu sama lain. Sikap hormat yang tinggi juga merupakan salah satu tunjang kepada perpaduan. Tidak pernah saya melihat mereka bergaduh kerana perbezaan agama, pertuturan dan warna kulit. Disana saya melihat persekitaran yang menyenangkan mata yang memandang. Jika kanak - kanak telah bertindak sedemikian, tidak mustahil kita sebagai remaja, belia, dewasa dan warga emas dapat menjadi begitu juga.

Sebagai seorang belia, saya merasakan amat wajar 1 Malaysia ini diadakan, hal ini kerana semakin maju dunia ini, semakin longgar perpaduan antara rakyat. Jika kita kembali bersatu dalam memastikan Malaysia sentiasa berada di hadapan, tidak mustahil segala yang kita angankan akan menjadi kenyataan. Bersama - samalah kita menyahut seruan Perdana Menteri supaya MALAYSIA MAJU DAN BERJAYA!

1 Malaysia

Sila beri pandangan tentang gagasan 1 Malaysia yang telah diwujudkan sejak tahun lepas .

Bersama

Bersama

Lagu 1Malaysia